Showing posts with label Gedung ilmu. Show all posts
Showing posts with label Gedung ilmu. Show all posts

Monday, 27 February 2017

Pesta Buku di Perpustakaan Sultanah Bahiyah

PENGALAMAN KE PESTA BUKU.


Pada 27 Februari, saya telah berkesempatan untuk pergi ke Pesta Buku yang diadakan di depan Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Pesta buku tersebut telah diadakan bermula dari 26 Februari dan akan berakhir pada 4 Mac. Pesta buku di Universiti Utara Malaysia sering diadakan pada setiap tahun dan pesta kali ini merupakan pesta buku kali ke-7.

Di Universiti Utara Malaysia, setiap tahun akan diadakan Pesta Buku secara besar-besaran. Namun, Pesta Buku pada kali ini, lebih banyak aktiviti disediakan kepada para pengunjung disamping penjualan buku dilakukan secara langsung. Sambutan daripada pengunjung juga agak menggalakkan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta buku pada kali ini ialah Wacana Penerbitan, Bicara Buku, Sayembara puisi dan lagu serta pelbagai program menarik yang lain. Saya sentiasa mengetahui serta tidak ketinggalan dengan perkembangan aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan di pesta buku melalui media sosial iaitu di 'facebook' Pesta Buku Utara @utarabookfair.
.

Ketika saya di sana, saya berasa gembira kerana pelbagai kedai buku telah dibuka. Disamping itu, saya juga  dapati terdapat pelbagai pilihan buku yang boleh diperolehi. Bukan sahaja buku-buku penerbitan dari Universiti Utara Malaysia sahaja yang dijual malah daripada pelbagai tempat, syarikat dan juga penerbit. Antara syarikat dan penerbit buku yang terlibat pada kali ini ialah seperti UUM Press Press, Koperasi UUM, Penerbit UTHM, Penerbit UTM, Penerbit UPSI, Penerbit UMK/UIAM, Iman Publication, Gemilang Bookstore, Karangkraf, Bookline Services dan banyak lagi.

Terdapat banyak buku yang dijual dengan harga yang berpatutan. Selain itu, terdapat juga promosi buku dilakukan di kedai-kedai tertentu. Antaranya, kedai yang sempat saya lawat ialah kedai Karangkraf. Terdapat pelbagai novel yang dijual dengan harga berpatutan dan diskaun yang sangat baik. Sebagai seorang peminat novel, saya tidak ketinggalan untuk melepaskan peluang tersebut.



Kesimpulannya, saya mendapati Pesta Buku pada kali ini sememangnya sangat baik. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga sangat menarik. Saya berharap program seperti ini akan terus dijalankan kerana pelbagai manfaat yang dapat diperolehi bukan sahaja kepada pelajar malah kepada orang ramai. Dengan program seperti ini jugalah budaya membaca dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, program seperti ini perlulah diperbanyakkan dan diteruskan di masa hadapan.



BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA.





Sekian, terima kasih...